Jumaat, 14 Disember 2018

Reflection of Problem in Degree Life

Disember 14, 2018 0 Comments
Dalam degree life, macam macam cabaran yang mendatang. Namun di sebalik semua itu tersemat suatu perkara iaitu "pengajaran"
Halangan.
Cabaran.
 Pahit Getir.
Sakit.
Penat.
Barai.
Stress.
Fade up.
Semua tu biasa untuk seorang student. 

In term of degree life ini, 
students tak mampu lari daripada suatu perkara yang namanya masalah :) 
Tapi apa yang membezakan setiap orang students tu is macam mana mereka deal dengan problem tu.
Kecil atau besar sesuatu masalah tu pasti ada penyelesaiannya.
Kat dunia ni, takde perkara yang takde solution.
Percayalah.

Allah tak akan biarkan hambanya menderita.
Segala masalah yang dialami itu tak lain tak bukan supaya kita semakin dekat dengan pencipta 💖
Malangnya semakin kita dilanda masalah semakin banyak perkara buruk yang kita laksanakan.
Yang mana membuatkan kita semakin jauh dari-Nya.
Kekadang ada perkara yang tak perlu kita lakukan namun kita lakukan semata mata untuk mencari keseronokan terutama ketika diri dilanda masalah.

Kerana apa?
Alasannya untuk hilangkan kemurungan dan stress yang melanda diri.
Sedarlah wahai anak muda, 
Sebanyak mana perkara yang melalaikan kalian lakukan semata mata untuk berseronok itu, 
semakin banyak masalah yang akan timbul di kemudian hari.
Mungkin bukan pada waktu yang sama.
tapi mungkin esok lusa dan seterusnya.
Stress yang dihilangkan sebelum tu, 
akhirnya muncul kembali.

Jadi setiap kali diri dilanda masalah, 
jangan cari keseronokan dunia.
Tapi seharusnya carilah pahala akhirat.
Yang akhirnya menjadikan kita lebih kuat dalam menghadapi setiap masalah yang mendatang.
Yakin bahawa Allah itu ada setiap kali kita mengadu kepada-Nya.
Yakinlah Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya.
Inna Allah ma'ana 😊

Khamis, 29 November 2018

Kelebihan Surah Al-Kahfi

November 29, 2018 0 Comments
Hai awak. Dah baca Al-Kahfi ??? 😇

Surah Al-Kahfi adalah surah kelapan belas dalam Al-Qur'an
Surah ini terdiri daripada seratus sepuluh ayat.

Surah ini termasuk surah Makkiyyah.

Surah Al-Kahfi digalakkan untuk dibaca pada setiap kali malam Jumaat. Malah lebih baik sekiranya kita membaca surah ini pada setiap malam.
Rasulullah SAW telah menjelaskan keutamaan bagi pembaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, siang hari Jumaat atau waktu lainnya, iaitu:

1. Allah Memberikan Cahaya dan Pengampunan dosa sampai hari Jumaat berikutnya.
2. Para Malaikat memintakan Rahmat sampai waktu Subuh sehingga Allah SWT Menjauhkannya dari penyakit panas, penyakit yang tidak tersembuhkan, serta terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan.
3. Allah SWT Memberikan Ketenteraman Hidup.
4. Allah SWT Menjaganya dari fitnah dan kekuasaan Dajjal.

Jadi jangan lupa baca Kahfi tau sekurang kurangnya pada setiap malam Jumaat, cukuplah sekurangnya 10 ayat awal dan 10 ayat hujung. In Sya Allah banyak kebarkahan dan rahmat yang diterima.






Rabu, 23 Mei 2018

Sekadar coretan buat ibu bapa sekalian

Mei 23, 2018 0 Comments
Bissmillahirrahmanirrahim
Duhai ibu bapa. 
Hargailah anak anak anda. 
Allah telah mengurniakan mereka sebagai amanah kepada kamu. 
Mereka adalah permata.
Yang mampu menerangi dan menggelapi kuburmu. 
Mereka pencorak dunia akan datang.
Andai mereka dididik dengan cara yang benar,
Maka beruntunglah kepadamu, 
Sebagai ibu bapa mereka. 
Andai salah didikan yang diberikan, 
Ketahuilah ia bukan sahaja menyukarkan mereka, 
Malah kepada kedua ibu bapa sendiri. 
Kerana, 
Setiap perbuatan,perilaku,sikap dan sifat mereka, 
Sebelum baligh, 
Menjadi tanggungjawab kepada si bapa, 
Dosa anak tersebut, 
Menjadi tanggungan kepada si bapa.
Dosa, 
Mungkin tidak kelihatan didunia,
Tapi ketahuilah, 
Di kiri dan kanan mereka ada malaikat yang mencatat setiap sesuatu perkara.
Oleh itu, 
Wahai ibu bapa sekalian, 
Wahai para bakal ibu dan bapa, 
Didiklah anak sebaik mungkin, 
Kerana akhlak melambangkan segalanya, 
Dan tanpa didikan dari kalian, 
Kami tak punya apa apa. 
Semoga kita terus istiqamah perjuangkan segala tanggungjawab ini, 
Semoga kita dilindungi rahmatNya 
Wallahualam 🙂

Rabu, 16 Mei 2018

Puasa :)

Mei 16, 2018 0 Comments



Puasa ?
1 Ramadhan merupakan hari pertama berpuasa bagi semua umat islam.
Apa itu puasa ?
Puasa sebagaimana yang kita ketahui ialah,
menahan diri daripada makan dan minum serta perkara perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari beserta dengan niat.
Hukum puasa ialah wajib bagi setiap umat islam yang telah baligh.

Macam entry yang lepas lepas saya nyatakan,
setiap perintah Allah mestilah didatangkan dengan dalil.
tak kira sama ada dari dalil Al-Quran mahupun Hadith.
Firman Allah SWT;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah ; 183 )

Dalil ini dengan jelas menunjukkan kewajiban berpuasa bagi umat islam.
Maka, jelas andai kita tidak menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan maka kita akan mendapat dosa.
Puasa di bulan Ramadhan selama sebulan hanya sekali setiap tahun,
Jadi, amat rugi bagi kita meninggalkannya,
memandangkan bulan puasa ini ialah bulan barakah bagi seluruh umat.

Kita tidak dapat menjangka ajal dan maut kita,
Kita perlu gunakan kesempatan yang ada ini dengan berpuasa sebaik mungkin,
Mana tahu, tahun yang akan datang bukan milik kita lagi.

Sebaik baik perancang adalah Allah SWT.
Sebagai manusia kita perlu gunakan segala waktu yang ada untuk beribadat kepadanya.
Bulan puasa ialah bulan terbaik untuk melipat kali gandakan ibadat.
Sepanjang bulan ramadhan doa kita lebih mustajab.
Oleh itu, sebagai umat Islam marilah kita sama sama berusaha menjaga ibadat sepanjang bulan Ramadhan kali ini.
Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Selasa, 15 Mei 2018

MARAK 2018

Mei 15, 2018 0 Comments
Pada 14 Mei 2018, Kolej Rahim Kajai telah menganjurkan Malam Anugerah Rahim Kajai yang merupakan aktiviti tahunan bagi setiap penghujung semester 2. Majlis ini diadakan bagi meraikan semua pelajar kolej. Dalam majlis tersebut pelbagai acara menarik dijalankan. 

MARAK pada tahun ini bertemakan Rock and 90's . Di kalangan pelajar mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema. Bukan setakat pelajar, malah, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor HEPA, pengetua pengetua kolej dan tetamu tetamu kehormat turut memperagakan pakaian yang bertemakan Rock and 90's. Memandangkan ianya merupakan dinner terakhir antara semua kolej, maka pihak kolej memastikan majlis tersebut berjalan dengan sebaik mungkin. 

Antara gelagat gelagat para pelajar, 





Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Yusof Haslam, penerbit, pengarah, pelakon yang terkemuka di Malaysia. Filem Sembilu arahan Dato' Yusof Haslam telah menjadi gimik persembahan pada MARAK memandangkan tema yang dibawakan ialah Rock and 90's. Bukan itu sahaja, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar pelajar serta Majlis Eksekutif Pelajar dan para felo kolej. Malah, para VVIP turut membuat persembahan terakhir bagi simbol kenang kenangan untuk semua.

MARAK telah mengiktiraf pelajar pelajar kolej yang bergiat aktif dalam kokurikulum, sukan, kebudayaan dan juga cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang dinobatkan sebagai pemenang bukan calang calang orang kerana mereka merupakan pelajar pelajar yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Melalui program ini, ia dapat mengeratkan ikatan antara semua pelajar kolej, MEP, FELO dan barisan kakitangan kolej. Ia juga dapat mengangkat nama nama pelajar yang telah menyumbang nama kepada kolej. 

Bagi saya, MARAK adalah antar detik indah sepanjang semester 2 ini. 💓

Geng kita kita je
Bersama pengetua baru KRK, Dr Badrol

Ahad, 13 Mei 2018

Kenangan mana mampu dilupakan 💖

Mei 13, 2018 0 Comments
huh penat !!!
penat yang amat sangat !!
Tapi jujurnya, I did enjoy that day.
💖

Hari tersebut kami keluar berempat. Keluar dengan penuh rasa gembira dan excited.
Pada hari Sabtu itu, kami berempat iaitu, saya, Taufiq, Insyirah dan Saadah hanya merancang untuk berjalan bersama sama di Melawati Mall akan tetapi kerana pelbagai perkara, kami telah berkunjung ke hampir tiga dan empat tempat.

Pada awalnya, kami yang perempuan dari UKM bertolak menaiki bas MRT sehingga ke MRT Stadium Kajang dan kemudiannya kami menaiki MRT ke Pasar Seni. Ketika di sana kami telah mengambil LRT ke Gombak. Setibanya di Perkarangan Stesen LRT Gombak, kami telah dijemput menaiki kereta oleh Taufiq. Pada hari itu, akmi merancang untuk meluangkan masa bersama memandangkan kami sudah lama tidak meluangkan masa bersama.

Kami telah bergerak ke Melawati Mall dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Taufiq. Setibanya di sana, kami terus ke Seoul Garden untuk menikmati makan tengah hari. Pada mulanya kami beranggapan bahawa harga setiap orang adalah seperti hari biasa, namun dugaan kami silap. 😅
Setiap orang perlu membayar RM39.90. Kami hanya mampu tergelak setelah membayarnya. Hahaa..

Kemudian, kami menunaikan solat zohor di situ dan mengelingi shopping mall tersebut untuk mencari barang masing masing. Masa selebihnya kami gunakan untuk bergambar di tingkat atas shopping mall berkenaan. Buat pengetahuan semua, shopping mall berkenaan mempunyai tempat tempat yang menarik untuk bergambar.




Kemudian, kami telah berkunjung ke UIAM yang mana merupakan tempat belajar Taufiq pada ketika ini. Di situ, kami telah pergi ke Masjid UIAM, dan beberapa tempat menarik yang dicadangkan olehnya.





Kerana masih terdapat barang yang belum diperolehi, kami meneruskan perjalanan ke GIANT berdekatan. Alang alang dah keluar kami gunakan untuk membeli barang bagi persiapan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selepas itu, kami turut berkumbung ke KLCC untuk menikmati makan malam. Sementara kat sana, kami pusing pusinglah KLCC tu. Alang alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan 😇💖 Serius memori kali ini cukup bermakna buat kami. Oh ya, terlupa, sebenarnya kami berempat,satu kulliah ketika di Kulliah Al-Lughah Waddin Sultan Abu Bakar. Kami keluar untuk tenangkan fikiran sama sama dan luangkan masa bersama.

OK. Saya post entry kali ini cukup untuk bagi contoh kat semua, masa kita belajar ni gunakan waktu sebaik mungkin dengan rakan rakan yang ada sebab bila masing masing dah ada haluan masing masing satu hari nanti, perkara ini mungkin sukar untuk terjadi lagi. Appreciate the time but don t forget your study and dream !! You are the one who plan the way your life either good or not :)

Sincerely,
Aisyah Zaharii 💖

Ahad, 6 Mei 2018

Hijabis should know this !!

Mei 06, 2018 0 Comments
Entry kali ni Aisyah nak cerita pasal tudung. 
Teknologi semakin canggih,
Tudung pulak makin unik 😀

Tudung ni satu priority untuk seorang wanita Islam.
ha, ni bersangkut dengan entry aurat haritu.
Kali ni nak cerita pasal tudung yang selaras dengan syara'

Tudung yang mematuhi syariat adalah...



 Tidak jarang.
Labuh.
Tidak ketat.
Tidak melekat.
Tidak tabarujj.
Tidak syuhroh.
Tidak tasyabuhh.

Faham ke istilah istilah tu?
heheee..

Tidak jarang maksudnya tudung yang dikenakan itu tidak menampakkan bahagian susuk tubuh,
Kiranya, tudung tu mampu lindungi badan kita dari pandangan bukan mahram.
Kalau jarang macam awak tak pakai tudung juga tahu :(

Labuh.
tudung yang dipakai tu elok kiranya mampu tutup dada kita.
Tutup bahu.
bukan nak tunjuk alim pakai tudung selabuh mungkin.
tapi untuk elakkan macam macam fitnah keluar.
Sekarang era fesyen ni,
tudung bidang 45 boleh jadi macam 50,55.
So, takda alasan tudung masih pendek.

Tidak ketat dan tidak melekat tu boleh gabung je kot.
Kalau ketat, jangan sampai nampak bentuk telinga tu.
Contoh mudah, tudung yang dari jenis lycra.
Kadang kadang ada yang jenis melekat pada dada.
Walaupun pakai tudung labuh manapun,
Bila angin bertiup,
nampak bentuk dada tu.
Allahu rabbi.
gugur jantung ni.
Perempuan fahamkan ?

Masuk ke perkataan susah susah ni pulak ^^

Tabaruj ialah melebih lebih dalam mengenakan tudung.
Kiranya kat sini, tudung tu terlalu menonjol.
Hingga mampu menarik perhatian orang lain atau bukan mahram.
Dari segi warna.
Mahupun design.
Bukan tu ja tau,
Sanggul tu pun, sebahagian tabaruj.
Konsep tabarujj ni tak kisahlah tutup aurat selengkap manapun, tapi andai kata ianya mampu menarik perhatian orang lain,
maka, ianya adalah dilarang !

Tasyabuh pula ialah larangan menyerupai orang kafir.
Contohnya, pakai tudung ala ala rahib kat gereja orang putih tu.
Lainnya,
Pakai tudung tapi,
masih nampak rambut,
ataupun mungkin nampak leher,
dan sebagainya.

Syuhroh pun lebih kurang tabaruj.
Definisi sebenarnya ialah popular.
Bila kita pakai tudung tu, orang akan tertarik untuk pandang.
Sebab tudung tu kelihatan mewah, elegant, jarang dilihat.
Jadinya, bila seseorang pakai tudung yang syuhroh maka,
ia akan menjadi bualan orang lain.

Dah boleh faham, konsep bertudung yang sebenar.
Tak perlu perubahan drastik,
tapi berubahlah sedikit demi sedikit.
Islam agama mudah.
Mulakan langkah.
Anda mampu merubah segalanya.

Saya share perkara ni, untuk pengetahuan semua pihak.
Kita berubah sama sama untuk raih mardhatillah 💖
Moga Allah redha. Moga Allah Cinta :)
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.




Khamis, 3 Mei 2018

Protect your aurat 💖

Mei 03, 2018 0 Comments



Bismillahirahmanirrahim.

Malam ni terdetik di hati nak share pasal aurat.
Remeh temeh kan ?
But for sure bagi seorang yang beragama islam, sangat menitik beratkan soal aurat ini.

Ya, memang ada yang tak kisah tentang semua perkara tu.
Asal tutup. 
Okaylah kan ?



Jangan silap, kena fahami sebetul betulnya bab aurat ni.

Aurat ?
Apa tu?
Apa hukumnya ?
Meh nak bagitahu...

Aurat ialah sebahagian anggota badan seseorang wanita atau lelaki yang wajib ditutup dan tidak dipamerkan kepada bukan mahram.

Hukum menutup aurat adalah wajib. 
Maka, kalau kita buka aurat, hukumnya haram.

Nak bukti ?
Ini bukan sekadar kata kata je tahu. Tapi semua ini ada disebut di dalam Al Quran sendiri.

Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. المؤمنون:
(orang-orang yang beriman itu adalah) mereka yang memelihara kemaluannya. Kecuali kepada isteri-isterinya atau hamba sahaya yang mereka miliki. (Al-Mu’minun:5-6)


Contoh mudahlah.
Kita cakap pasal tudung okay.
Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam.
Sebab ?
Kepala kita ni, rambut kita sebagai perempuan, adalah aurat.

Bab aurat ni tak boleh nak buat main sebab apabila sebahagian daripada aurat kita terdedah kepada bukan mahram maka secara tak langsung akan menyebabkan kita terpaksa menanggung dosa. Tu kalau kita masih belum berumah tangga. Tapi andai kata kita dah bersuami, suami kita yang terpaksa tanggung semua dosa kita tu. Kalau belum baligh, dosa ni ayah kita yang akan tanggung.

So, saya nak tanya, Sanggup ke kita biarkan orang orang yang kita sayang, yang kita hormati tanggung dosa kita kerana kita buka aurat, tak tutup aurat ?

Cuba bayangkan betapa seksanya mereka harus menjawab segala pertanyaan ketika di mahsyar kerana kita.

Lihat saja sekarang berapa ramai perempuan melayu sendiri yang tak bertudung. Bukan tak bertudung je, ada yang sampai warnakan rambut.

Peredaran masa.
Pengaruh budaya barat.
Pengaruh rakan rakan.
Kurang didikan ibu bapa.
Kurang iman.
Masalah keluarga.
Ha, ni antara faktor seseorang tu mendedahkan aurat.

Allahu.
Ya, saya juga tak sempurna, tetapi saya cuba untuk menyempurnakan diri ini demi orang orang yang saya sayang.

Jadi, kesimpulan untuk entry kali ini cukup mudah. Islam agama yang mudah, jadi ianya tak sesekali menyusahkan kita. Hukum Allah tak mampu diubah. Yang haram tetap haram. Yang mendatangkan dosa tetap sama. Jadi, untuk menjadi insan yang cantik di sisi Allah, untuk menjaga kehormatan diri dan keluarga, untuk menjadi insan yang unggul di mata masyarakat, maka saya menyeru kepada semua untuk sama sama kita ubah diri, tutup aurat dengan sebaiknya. 

Ia bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk kepentingan semua. Moga Allah redha.  Moga Allah Cinta.. :)