Minggu pertama di UKM untuk semester 2 sesi 2017/2018 telah diisi dengan aktiviti yang menarik bersama rakan rakan tersayang dan senior senior tercinta. Kami geng Quranic Gen telah pergi berkelah dan merehatkan minda di Sungai Tekala di Semenyih, Selangor. Pelbagai perkara telah kami lakukan di sana bagi merapatkan ukhuwah dan ikatan antara satu sama lain.
Antaranya kami telah bermain permainan bingo manusia di mana kami perlu menyelesaikan permainan bingo dengan menjawab persoalan yang dinyatakan. Persoalan tersebut berkait antara kami semua. Melalui permainan tersebut kami dapat mengetahui tentang kawan kawan kami dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, ada yang dari tak kenal, tak rapat, tak pernah jumpa, tetapi melalui game tu kami mampu mengukuhkan ikatan kawan itu.
Walau bagaimanapun dalam suka ada duka.....
Handphone kesayangan Sop aka Sofea telah termasuk ke dalam air sungai tersebut. Dari tergelak gelak suasana menjadi tegang buat seketika. Sofea resah gelisah, kelam kabut memikirkan cara untuk membuka handphonenya. Dengan bantuan salah seorang senior, dia telah dibawa pulang ke Bangi untuk membaiki telefon tersebut.
Detik terindah disitu ialah apabila kami disajikan dengan makanan barbeque@dipanggang oleh akak akak senior, bersama sama di tepi air terjun yang sememangnya menenangkan hati. Detik tersebut tidak akan dilupakan sama sekali.
Saya sangat mengesyorkan kalian ke 'Sungai Tekala' kerana air terjun nya dijaga dengan baik selain yuran masuk hanya RM1. Tetapi perlu diingat yang cantik itu ramai yang suka ! Jadi untuk mendapatkan tempat yang strategik, maka pergilah awal ke tempat tersebut ! :)
Have Fun !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan