Ahad, 11 Mac 2018

Mendidik kanak kanak kurang daripada usia 13 tahun

Okay kali ini, thread saya untuk mengupas video mengenai perlunya mendidik kanak kanak pada usia kurang daripada 3 tahun.

Video ini dicipta oleh Professor Dato' Ir Dr Riza Atiq Abdullah Bin O.K. Rahmat salah seorang pensyarah yang juga memegang jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.

Jom saksikannya !!!





Video kali ini lebih menceritakan apa yang perlu dipimpin sejak lahir. Pertama, tarbiah awal. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ar-Rahman “Dia yang telah membolehkan manusia (bertutur), memberi dan menerima kenyataan” . Dia yang dimaksudkan merupakan tuhan pencipta sekalian alam iaitu Allah azza wajalla. Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak anak yang masih kecil dengan beercakap dengan kata kata yang betul dan baik sebagaimana orang arab yang menggunakan bahasa funsa. Anak anak kecil masih belum mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah maka ibu bapa perlu menerangkan kepada mereka walaupun mereka tidak memahaminya. Ibu bapa juga perlu merangsang anak anak mereka melalui pendengaran, penglihatan dan akal sebagai tanda menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT.
                Selain itu, dari sudut akhlak, telah diterangkan dalam satu hadith riwayat Tirmizi “ Mukmin yang sempurna imannya adalah mukmin yang sempurna akhlaknya”. Apabila anak anak dididik dengan akhlak yang mulia maka mereka mampu untuk menambahkan keimanan mereka kepada Allah SWT. Di samping itu, Fizikal juga penting  dalam mendidik kanak kanak pada usia kurang daripada 3ka kepada Allah SWT. a mereka walaup tahun. Hal ini kerana  Mukmin yang lebih kuat lebih dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah Hal ini dengan jelas menunujukkan fizikal merupakan salah satu perkara yang penting.
                Malahan, dari sudut ilmu pengetahuan terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan terutama oleh ibu bapa dalam mendidik kanak kanak. Antaranya dengan mengajar mereka tentang sirah Rasulullah SAW serta mengajar mereka matematik secara tabi’i. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mengajar kanak kanak berbilang bahasa memabdangkan pada usia ini kanak kanak mempunyai minda dan akal yang kuat untuk belajar banyak bahasa. Sains dan geografi juga boleh diajar memandangkan kanak kanak mmpunyai minat dan rasa ingin tahu yang kuat tentang sesuatu perkara pada usia awal.
                Akhirnya, kemahiran insaniah juga perlu dididik kepada kanak kanak kerana kemahiran insaniah sangat diperlukan dalam kehidupan sekarang. Antaranya ialah, kemahiran komunikasi, kepimpinan. Berpasukan, kemahiran mengurus, pemikiran kritikal, inovatif dan lain-lain lagi. Pada era globalisasi ini, graduan sangat memerlukan keemahiran insaniah untuk berjayya dalm kehidupan tetapi mereka kekurangan kemahiran insaniah keran tidak dididik dari awal mengenai perkara tersebut. Oleh itu, kanak-kanak perlu didididk dari awal mengenai perkara ini agar kehidupan mereka pada masa akan datang lebih terjamin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan