Acara terakhir yang ditunggu tunggu. Walaupun pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh kami semua, ahli jawatankuasa Karnival Jom Fit Fep 2018 dalam menjayakan program ini, namun kami sangat bersyukur kerana ianya tetap berjaya dilaksankan. Walaupun ada kurang lebihnya melalui program ini saya belajar banyak perkara baru.
Sumpah penat !
Mana taknya, balik pukul 2.00 am dari rehearsel pentas ke kolej, kemudian pukul 3.15 am kami bertolak kembali ke fakulti tercinta, FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 😇
Pukul 5.00 am perlu bersiap sedia dengan persiapan terakhir dan kemudiannya pukul 6.00 am pendaftaran peserta.
Berlari kehulu kehilir, cari itu ini. Kelam kabut nak tunggu acara berjalan. Huh 😓 !
Tapi nak tahu apa ?
Kami semua gembira ! Apa yang kami usahakan berjalan seperti yang dirancang walaupun kurang sambutan daripada peserta fakulti sendiri.
Namun begitu, kami telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada orang awam. Ada yang sanggup datang dari Bangsar, Shah Alam semata mata untuk menyertai acara Kampung Run yang berlangsung. Sebak dihati hanya Allah SWT yang tahu 💞 Kami jangkakan tiada peserta yang akan sertai larian kami memandangkan empat hari sebelum acara tersebut berlangsung hanya 4 ke 5 orang yang mendaftar di google doc. Tujuan sebenar kami mengadakan larian tersebut adalah untuk menarik ahli kelab kelab daripada fakulti sendiri untuk bersaing sesama ahli kelab yang lain. Namun, Allah Maha berkuasa. Sungguh begitu besar kuasa tuhan ! Dengan waktu berbaki satu hari sebelum acara tersebut berlangsung, kami telah mendapat sebanyak 50 pendaftaran dari google doc. Nampak kecil tapi bagi kami semua nilai tersebut telah menggembirakan kami teramat sangat !
Nak tahu siapa yang join ? Mereka kebanyakkannya adalah orang yang cukup biasa menyertai larian. Bak kata orang ni, orang yang memang dah pro ! 5.5 km cukup jauh bagi kami, namun begitu peserta pertama yang sampai ke garisan penamat mengambil masa hanya selama 15 ke 18 minit untuk menamatkan larian. Hebatkan ! Peserta kami semuanya hebat 💪💪 Kami pada awalnya terkejut dengan situasi tersebut dan beranggapan bahawa peserta tersebut terlambat sampai, tetapi apabila ditanya di kaunter penamat mereka sudah mendaftar. Ya Allah macam angin lajunya.Yang paling mengejutkan kanak kanak berusia 10 tahun telah mendapat tempat keempat antara hampir 20 peserta wanita yang menyertai. Kalah makcik makcik dengan budak kecik ni. Hebat sungguh hebat !
Jadi, kat sini saya cuma ingin menceritakan segala macam kenangan manis pada hari itu. Penat semua tolak tepi asalkan program berjalan dengan baik.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha sehingga ke saat terakhir supaya segala yang kita rancangkan mampu menjadi realiti 😎

Sabtu, 24 Mac 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan