Khamis, 29 Mac 2018

Kejutan Birthday Maira


Tepat jam 12.00 malam 28 April 2018, genaplah usia 20 tahun Umairah Binti Ismail, salah seorang gadis "Kita-kita je" . Umairah atau lebih dikenali sebagai Maira merupakan yang paling awal dilahirkan antara kami sembilan orang.

Let me explain first, "Kita-kita je" merupakan nama kumpulan dan group whatsapp kami. Nama ini terilham ketika mana saya pergi berkelah bersama sahabat sahabat di Taman Botani, Putrajaya. Tika itu, kami hanya main reka sahaja nama group whatsapp tapi nama tersebut kekal hingga sekarang. Punyalah fanatik dengan nama tu kadang kadang bila update gambar di instagram beramai ramai mesti ada hashtag #KITAKITAJE .

Kita-kita je terdiri daripada sembilan orang gadis UKM yang pada awalnya hanya seramai enam orang sahaja. Kemudian pada semester baru ini, hubungan persahabatan kami semakin melebar ^_^
Jadilah sembilan orang.

Nak dijadikan cerita pada hari birthday Maira ni, kami semua nak buat suprise untuk dia. Tapi apa yang sedihnya semua orang sibuk. Sibuk dengan program masing masing. Saya tahu Maira mungkin agak kecewa kerana kami tak ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepadanya. Kami pun layan Maira mahu tak mahu. Mana ada hati yang tak sedih kalau dilayan sebegitu kan.

Malam tersebut dia ajak kami semua ke Kolej Pendeta Zaaba untuk makan di sana namun hanya saya, Bella dan juga Nisa yang tidak sibuk pada ketika itu. Jadi kami bertiga pun pergi menemani Maira ke sana. Apa yang Maira tidak tahu, Ammar, Nina, Ieka, Sofea dan Hana sudah menunggunya di sana. Jauh dari sudut hati kami tak mahu mengecewakan dia walaupun kami sangat sibuk dengan tugasan masing masing.

Ketika sampai di sana, segalanya tidak terjadi seperti yang dirancang. Makanan lewat sampai, belon untuk Maira hilang dan bermacam macam lagi. Tapi akhirnya perancangan kami tetap berjaya dilakukan walaupun ada kurangnya. Maira sangat gembira tapi bak kata dia "Aku tahu kau orang tak mahu wish birthday aku, tapi aku tahu mesti ada suprise lain". Mungkin dia sudah belajar dari cara kami menyambut hari jadi Sofea pada sem yang lepas.

Sunguh detik bersama rakan rakan di UKM sangat menggembirakan saya. And I love them for sure 💕💕

Terima kasi kepada semua yang membantu dalam merancang suprise kali ini.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan