PERHATIAN !!!!!
Video ini adalah penting untuk ditonton oleh semua pihak ! 😁
Dalam hidup ini, kita perlu belajar lebih
awal untuk mencorak sesuatu dengan baik pada waktu akan datang. Justeru itu,
dalam video dan scribd yang telah dikongsikan ini telah mengajar saya cara
mendidik anak-anak dengan betul bagi persediaan pada masa akan datang. Menurut
firman Allah S.W.T yang telah dikongsikan oleh prof, iaitu dalam surah
(Al-Baqarah : 30) yang bermaksud “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi”. Ayat ini dengan menjelaskan mengenai khalifah yakni
wakil Allah S.W.T di muka bumi ini mestilah seorang yang hebat yang mana mereka
boleh memimpin serta memakmurkan bumi ini dari semua bidang termasuklah bidang
ekonomi, fizik, seni bina dan lain-lain.
Sebagaimana
yang diketahui, tanggungjawab mendidik anak-anak bermula daripada ketika mereka
masih kecil lagi. Ketika mereka berumur 0 hingga 3 tahun, perkembangan
pembangunan otak mereka berjalan dengan lebih cepat dan pesat. Hal ini
dibuktikan lagi dengan fakta di mana IQ yakni kecerdasan kanak-kanak boleh
berubah dan meningkat sehingga 79 mata bergantung kepada keadaan sekeliling dan
pembelajaran mereka. Selain itu, keturunan juga tidak sama sekali menentukan
kecerdikan. Sebagai contoh, seorang doktor mahupun jurutera yang berjaya tidak
semestinya mampu melahirkan anak anak yang cemerlang dan berjaya dalam
pendidikan mahupun sahsiah kerana masih ada anak anak kecil yang dilahirkan di
kampung-kampung pedalaman yang mana merupakan anak nelayan atau petani lebih pandai dan berjaya daripada mereka yang
datang daripada keturunan yang pandai dan mepunyai kerjaya yang besar. Hal ini
dengan jelas menunjukkan bahawa keturunan tidak menjamin kepandaian seseorang
kanak-kanak.
Pada
umur 3-5 tahun, kanak-kanak suka membaca,menulis dan mengira di mana ianya
merupakan waktu perkembangan yang baik untuk mereka. Anak-anak yang
tidak dididik dan dirangsang dengan baik dari peringkat awal akan
menjadi lemah dalam menerima sesuatu perkara. Ketika mereka kecil juga
berlakunya pembangunan intelek bagi mereka. Malah ketika kanak-kanak berumur 2
½ tahun hingga 3 ½ tahun mereka mudah untuk memahami dan mengikut peraturan di
mana ianya mampu menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam kehidupan. Pada
tahap umur 5 tahun, berkemungkinan kanak-kanak mempunyai sehingga 1000
perbendaharaan kata dan mereka mampu memahami bahasa dengan mudah. Kanak-kanak
sangat aktif dan nakal kerana ketika itu mereka suka mencuba perkara baru,
mengkaji dan mempelajari sesuatu. Ibu-bapa tidak boleh menyekat kemahuan mereka
untuk belajar mengenai perkara baru sebaliknya sentiasa sentiasa membantu dan
menolong mereka untuk mengenali hakikat setiap benda baharu.
Intihanya,
ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari awal bagi melahirkan insan yang
berkualiti, berdaya saing dan berkepimpinan untuk masa hadapan. Sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang dianjurkan Islam yang
sebenar, maka anak tersebut akan menjadi seorang yang hidup dengan cara Islam
itu dan sebaliknya jika mereka dididik dengan cara yang salah maka mereka akan
hidup dengan cara yang salah sehingga ke akhirnya. Ibu bapa merupakan guru
utama dan terpenting untuk perkembangan seorang kanak-kanak. Jelaslah bahawa, ibu bapa merupakan tunjang
utama dalam melahirkan individu dan insan yang berguna dan baik pada masa akan
datang.
Ditulis oleh :
Siti Aisyah Binti Zahari
A162758
Tiada ulasan:
Catat Ulasan