Khamis, 15 Mac 2018

Tanggungjawab ? You should deal with it :)

Menanggung tangungjawab itu sukar.
Namun begitu, setiap orang dilahirkan dengan tanggungjawab.
"Tanggungjawab".
Ia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan dilalui oleh orang yang perlu memikul perkara tersebut.
Contoh paling dekat dengan semua, "ibu bapa nak jaga anak anak" 💕
Nampak kecil dimata kita tapi tanggungjawab tersebut terlalu sukar bagi mereka.

Ibu bapa itulah yang dah bersusah payah membesarkan kita. Ibu bapa itulah yang telah bersengkang mata memastikan tidur kita lena. Ibu bapa itulah yang sedikit sekali kita tulus mendoakan mereka. Ibu bapa itulah yang gugur airmata dan peluhnya memastikan kecukupan kita. Dan ibu bapa itulah yang kita sering lupa kewujudan mereka.
Andai ibu bapa sendiri mampu jatuh sakit kerana memikul tanggungjawab ini,
Inikan lagi saya yang masih budak mentah. Masih noob dan masih hingusan.
"KARNIVAL JOM FIT FEP"
Titik permulaan segalanya. Tanpa pengalaman, tanpa bakat, tanpa apa apa.
Saya telah dipilih menjadi salah seorang ahli majlis tertinggi bagi program tersebut.
 SETIAUSAHA..... :)
Ya saya Aisyah ! Setiausaha bagi Karnival Jom Fit Fep 2018.
Tanpa sebarang alasan saya menerima pelawaan ketua pengarah untuk memikul amanah ini.
Nampak terukkan ! Tanpa sebarang pengalaman..........
Tetapi memandangkan ianya membuka peluang untuk saya meraih dan mengumpul pengalaman sebanyak mungkin sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, jadi saya menerima tanggungjawab tersebut dengan rasa rendah hati dan gembira.
Tanggungjawab tersebut saya pikul sehingga berakhirnya program Kampung Run pada 24 Mac 2018. 
Masa yang sangat lama dari awal cuti semester lepas sehingga ke tarikh tersebut. Hampir 3 bulan tanggungjawab sebagai setiausaha perlu saya pikul.
Berat !
Benar ia begitu berat untuk dilalui !
Balik pukul 3 4 pagi semata mata untuk memastikan segala tugasan yang diberikan mampu disiapkan tepat pada waktunya.
Penat sangat sehingga kekadang tak mampu menahan air mata.
Tetapi jujurnya saya sangat gembira dalam melaksanakan tugasan yang diberikan !
Mana taknya..
Daripada seorang yang zero kepada seorang superhero 💪
Acahkan !
Tapi betullah tu. hehehe.. 😅
Kesimpulannya, apabila kita diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab walaupun ianya nampak sukar, PERCAYALAH dengan kekuatan diri sendiri. Andai seseorang itu mempercayai kita itu bererti kita MAMPU MELAKUKANNYA ! 💖 Allah telah memberi mereka rasa kepercayaan itu tanpa disuruh oleh sesiapa.
TRUST YOURSELF BECAUSE YOU CAN DO IT 💪
Nak tahu lebih lanjut meh tengok instagram official program kami instagram.com/karnivaljomfitfep2k18


Tiada ulasan:

Catat Ulasan