Bukan nak cakap pandai ke apa dalam bidang ni, tapi sebab berpeluang pegang jawatan sebagai ketua post pemasaran untuk PENTAS SEMARAK SENI untuk sesi 2017/2018, ecah banyak belajar perkara baru dalam handle bidang ni .😅
First of all, tiga bulan sekurang kurangnya kalian perlu kenal pasti syarikat atau mana mana individu yang menjadi sasaran utama.
Then, kalian boleh iklankan mengenai kutipan dana untuk program anda ini dalam webpage rasmi, instagram, facebook dan sebagainya. Kadang kadang ada je yang menyumbang walau sedikit.
Buat surat dan hantar melalui Pos. Kebanyakan surat yang dihantar melalui e-mails sebenarnya akan masuk kedalam junk folder, sebab susah untuk non-address e-mails dapat masuk inbox folder sesuatu syarikat.
Jangan buat jualan haram tau, takut tak berkat program tu nanti :)
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencari dana dengan melakukan pitching. Tetapi ini pilihan terakhir, pitching perlu dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan orang yang mendengar apa yang kita sampaikan tu faham dengan motif dan tujuan sebenar program kita.
Okay, itu sahaja.
Good luck 💪😇
Tiada ulasan:
Catat Ulasan