Program “Graduate To Entrepreneur : DREAMCATCHER” yang
telah diadakan pada 15 Mac di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh merupakan anjuran
daripada Pusat Citra UKM di bawah subjek LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi. Program ini
bertujuan untuk memberi motivasi dan kesedaran tentang betapa pentingnya bidang
keusahawanan pada era ini terutama buat pelajar yang bergelar mahasiswa dan
mahasisiwi yang menggunakan duit yang cukup banyak pada waktu belajar. Contoh
teladan terbaik kepada para mahasisiwa Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr.
Isma Shida telah menyampaikan public lecture pada hari tersebut. Beliau
merupakan pengasas kepada Dr Irma Skincare & Cosmetic. Malah, beliau juga
memiliki klinik pergigian sendiri iaitu Irma Ariandi Dental Clinic yang
terletak di Fakulti Pergigian UKM, Kampus Kuala Lumpur. Perkara terbaiknya
ialah beliau merupakan Alumni UKM yang mengambil jurusan Pergigian. Oleh itu,
secara tidak langsung dengan kebolehan dan kejayaan yang beliau miliki dapat
dijadikan contoh teladan yang terbaik bagi mahasiswa yang masih menuntut ilmu
terutamanya di UKM sendiri.
Dr Irma telah mendapat
inspirasi daripada arwah neneknya sendiri. Sejak kecil lagi, beliau telah
dijaga dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Nenek beliau telah mendorong dan
berharap beliau dapat menjadi seorang
doktor yang berjaya. Selain itu, beliau terinspirasi untuk menjadi seorang
usahawan juga kerana sikap neneknya yang suka menjadikan
beliau sebagai bahan uji kaji dalam dandanan dan solekan. Oleh hal yang
demikian Dr, Irma telah bercita cita untuk membuat produk kosmetik sendiri dek
kerana sikapnya yang suka berdandan sehingga sekarang.
Berbekalkan
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, Dr. Irma telah ditawarkan untuk
menyambung pengajiannya di Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) pada tahun 1999 dan menamatkan pengajian pada 2003 dalam Ijazah Sarjana
Muda Pembedahan Pergigian. Selepas menamatkan pelajarannya di UKM, beliau memulakan
kerjayanya sebagai seorang doktor gigi di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di
Kelantan. Di sana, Dr Irma telah bekerja di bawah Dato Dr Rusdi yang juga salah
seorang sumber inspoirasi buatnya. Ketekunan dan kesungguhan Dr. Rusdi
membuatkan Dr. Irma yakin denagn dirinya untuk membina perusahaan sendiri. Beliau
juga bertugas sebagai seorang pegawai di Klinik Lundang Paku semata mata untuk
mencari duit bagi membuka klinik pergigian sendiri. Dengan sokongan dan
dorongan dari semua pihak terutama daripada si suami akhirnya Dr. Irma telah berjaya
membuka klinik pergigian sendiri pada tahun 2007.
Dalam
bidang keusahawanan Dr Irma terinspirasi untuk mencipta produk kosmetik
apabaila beliau mengalami masalah kulit akibat daripada penggunaan produk
produk kosmetik yang tidak sesuai. Oleh itu, beliau telah memulakan
penyelidikan bersama beberapa orang pakar dalam bidang kimia untuk menghasilkan
produk kosmetik yang berasaskan bahan semula jadi menggunakan kebaikan minyak
pati dan ekstrak tumbuhan. Dr. Irma berusaha keras dalam mempromosikan produk
keluarannyaa ini menerusi laman sesawang Facebook dan Instagram. Produk
tersebut dikomersialkan dengan namanya sendiri dan setelaj itu beliau telah
menubuhkan Dr Irma Skincare and
Cosmetics. Berkat kesungguhan, beliau telah dianugerahkan dengan “Anugerah
Usahawan Muda MARA”.
Jika saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Irma Ariandi Enterprise
atau Irma Ariandi Global Sdn Bhd, penambahbaikkan dan inovasi yang akan saya
lakukan adalah dari segi pemasaran produk. Produk perlu dipasarkan dengan
meluas dan seharusnya dapat menarik perhatian ramai pihak untuk menggunakannya.
Sesuatu produk yang dipasarkan bukan sahaja dilihat pada kualiti tetapi juga
daripada cara pembungkusan produk tersebut di mana semakin unik sesuatu produk
semakin ramai orang yang akan tertarik untuk mencuba dan menggunakannya.
Sesuatu produk juga perlu dipeincikan dengan baik pada label melingkupi semua
aspek yang penting bagi memudahkan para pelanggan untuk menggunakannya. Bukan
itu sahaja, pemasaran juga melingkupi cara kita memasarkan dan mempromosikan
produk yang kita miliki. Seandainya saya diberikan peluang ini, sudah pasti
saya akan pasarkan produk tersebut sehingga keluar negara supaya produk lebih
dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi di seantero dunia. Untuk itu, modal
yang ada perlu digunakan sedikit bagi memastikan pemasaran dapat dilakukan.
Plattform seperti media media social sangat membantu dalam pemasaran produk
lebih lebih lagi andai ramai pengguna dapat menjadi “dropship” kepada pengguna
yang lain.
Kesimpulannya, program ini banyak
memberi inspirasi dan dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat
supaya lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.For any futher information and enquiries, do watch and like https://youtu.be/RmuyfMruN_o
Tiada ulasan:
Catat Ulasan