Haritu ada tanya dengan Nina, apa lagu english yang memberi inspirasi apabila kita dengar. Then, dia jawab, "STANDING IN THE EYES OF THE WORLD" . Dan tanpa banyak fikir, saya pun terus buka youtube dan search lagu ni.
Lagu standing in the eyes of the world, nyanyian ella ini sangat memberi inspirasi dan motivasi kepada saya dan saya yakin ianya turut memberi inspirasi kepada semua orang juga :)
Sumpah, mula mula nak dengar lagu inggeris saja, tetapi selepas dengar lagu ini, macam macam bermain di fikiran.
Nak tahu apa?
Okay meh ecah bagitahu ya 😀
Dalam lagu ini, ianya dilengkapi dan disempurnakan dengan bait bait lirik yang dapat menyuntik semangat lagi lagi apabila kita nak putus asa, putus harapan, dengan menjiwai lagu ni insha Allah ia mampu menyuntik balik perasaan semangat tu.
Lagu ni daapt menyuntik rasa ingin berusaha sehingga mampu mengecapi kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.💗
Kejayaan takkan mampu digapai tanpa usaha yang sungguh sungguh. Sesungguhnya dalam Al Quran sendiri ada menyebut sebelum menyerah diri kepada Allah (tawakal), kita harus berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam usaha tersebut, terdapat pelabagai pahit getir dan kesusahan yang perlu ditempuhi kerana ia merupakan ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan untuk menggapai kejayaan tersebut. Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang sangat manis di mana seseorang akan berasa sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai berkat usaha sendiri.
Kejayaan..............................
Banyak kejayaan yang mampu kita capai.
- cemerlang dalam peperiksaan
- memperolehi kerja yang seperti yang dimpikan
- menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah
- memperolehi anugerah dekan etc
- menyiapkan assignment dan tugasan
- menjadi insan yang soleh dan solehah
Mudah untuk saya simpulkan kejayaan terbesar ialah apabila kita mampu berdiri di mata dunia dengan menjadi insan yang mampu memberi faedah dan kepentingan kepada orang lain. Malahan insan yang berjaya ialah insan yang mampu menjadi contoh dan teladan kepada orang lain :)
Maka, tetapkan dalam hati, saya boleh, saya mampu !!!!!
Dari negatif kepada positif.
Dari taktahu apa kepada yang sangat mengetahui.
Dari zero kepada seorang superhero.
Saya kongsikan lirik ini untuk pedoman buat semua pembaca :)
Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan