Program "Majlis Hi-Tea Anak-Anak Pahang di Lembah Klang" ini bertujuan untuk memupuk hubungan dengan lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan.
Ia juga untuk mengukuhkan silatulrahim, persaudaraan, kesukarelaan dan kebajikan bagi masyarakat setempat. Selain itu ia juga diharapkan dapat menerapkan konsep permuafatakan dan bersatu.
Inisiatif ini dimuafakatkan oleh ketua atau wakil daerah-daerah di Negeri Pahang menjadi Gabungan Kelab-Kelab Anak Daerah-Daerah Pahang (GKADP).
Program ini telah dihadiri kira kira 3 ke 4 ribu anak anak pahang yang datang dari seluruh daerah di negeri Pahang. Kami dari UKM hadir seramai 70 orang dengan menaiki bas UKM. Kehadiran kami disambut meriah oleh semua.
Malahan, ultras UKM juga telah memulakan majlis dengan menyanyikan lagu dan cheers "ayuh tok gajah" Hal ini menarik perhatian ramai pihak untuk sama sama menyanyi dan memeriahkan majlis. Majlis dimeriahkan lagi dengan lucky draw dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah hadiah yang sangat lumayan.
Ketika program ini saya telah dipertemukan dengan rakan rakan dari universiti sekitar yang juga merupakan dari persatuan anak pahang. Kami sangat gembira kerana dapat dipertemukan pada hari itu.
Ini pula teman istimewa yang setia menemani ke mana sahaja pergi @umairahismail283

Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh perdana menteri sendiri memandangkan beliau juga berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Program yang dapat memupuk ukhuwah antara semua rakyat negeri ini seharusnya dibuat setiap tahun. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan