Zaman yang semakin hampir dengan ambang 2020 ini telah membawa pelbagai kemodenan terutama dalam bidang it. Melalui arus kemodenan ini, kerja boleh diselesaikan dengan lebih mudah dengan wujudnya pelbagai aplikasi dan website yang cukup membantu dalam penyelesaian kerja. Menurut en.wikipedia.org, website yang telah ada sejak tahun 2012 ini telah dipakai sebanyak 750 juta pengguna. Antara website dan aplikasi yang kian menjadi tumpuan ramai ialah canva.com. Canva ialah sebuah aplikasi yang direka khusus untuk mencipta pelbagai grafik malah mampu mencipta video dengan begitu menarik. Melalui canva orang ramai dapat mencipta wallpaper facebook, twitter, logo, brochure, cover majalah, tumblr banner dan bermacam macam lagi.
Terdapat banyak template disertakan juga dalam canva bagi memudahkan kita menggunakan terus template yang disediakan.
Antara design yang telah saya cipta ialah seperti berikut :
Kesimpulannya, canva sangat berfaedah kepada generasi sekarang memandangkan ianya berguna untuk seseorang pelajar melakukan tugasan yang diperlukan untuk assignment dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan