Pada hari Ahad 15 April 2018, geng "kita-kita je" telah berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki MRT walaupun setelah hampir tamatnya zaman tahun 1 di UKM. Pengalaman ini tidak mampu dilupakan memandangkan pada hari itu juga kami berpeluang berkumpul bersama walaupun kekurangan seorang ahli iaitu Hana.
Muka muka happy keluar ramai ramai :)
Pada hari yang sama kami telah pergi ke Berjaya Times Square Mall Kuala Lumpur. Ya Allah, penat sungguh mengelingi mall tersebut walaupun pada hakikatnya tak semua kawasan di Mall tersebut kami berpeluang untuk jejaki. Pelbagai barang telah dibeli memandangkan pada hari tersebut banyak kedai yang menawarkan sale. Tak sia sia kami datang pada hari itu. Jadi, kami terus membeli peralatan dan baju yang diperlukan untuk "MARAK" alang alang dah masuk shopping mallkan.
😇
Yang ni masuk tomorrow snap gambar je, beli tidak hahah ^^
Setelah penat kehulu dan kehilir kekanan dan kekiri kami semua telah ke Soopong, iaitu sebuah restoran yang menawarkan makanan korea. Untuk apa kami ke situ? Makanlah :)

Lepas ni, kalian boleh pergi makan kat sini pula. tak sia sia. Makanannya 👍👍👍💖

Kami berada di BTS kurang lebih selama 6 ke 7 jam. Sungguh penatnya tak terkata. Akan tetapi detik detik bersama kawan kawan tercinta dan tersayang menyebabkan segala kepenatan hilang. :)
Muka muka barai + penat ^^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan