Sabtu, 31 Mac 2018

Kaedah Mengajar Matematik


Bismillahhirrahmanirrahim.

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai tugasan kelapan saya bagi subjek pendidikan peringkat awal kanak kanak dalam islam. Di sini saya sertakan link bagi memudahkan kalian menambahkan input dan pengetahuan tentang perkara ini :
https://www.scribd.com/document/325992885/Mengajar-Matematik-kepada-Kanak-kanak

Suatu hari nanti kita juga akan bergelar ibu dan ayah, jadi info ini dapat menambahkan pengetahuan kita dan dapat menjadikan kita lebih professional dalam mendidik anak anak.

Berdasarkan slide tersebut, jelas menunjukkan selama ini orang dewasa tidak menyedari kebolehan kanak-kanak dalam matematik. Tetapi berasaskan penyelidikan dan ujian-ujian yang telah dilakukan oleh Dr Glenn Doman, kesimpulan boleh dibuat bahawa: 
1. Kanak-kanak ingin belajar matematik 
2. Kanak-kanak boleh belajar matematik
3. Kanak-kanak sepatutnya belajar matematik 

1. Kanak-kanak Ingin Belajar Matematik
Pada peringkat ini, Dr Glenn Doman membuat kesimulan bahawa kanak-kanak sejak lahir hingga usia 6 tahun mempunyai keinginan yang tinggi untuk pelajari sesuatu. Dalam proses ini ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk menerokainya dan pelajarinya. Ibu bapa juga tidak seharusnya terus menghukum anak-anak sebaliknya menasihati mereka serta mengajar mereka dengan cara yang betul. Disamping itu, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

2. Kanak-kanak Boleh Belajar Matematik
Kanak-kanak sememangnya dianugerahi dengan cepat dan mudah untuk memahami dan belajar sesuatu oleh Allah SWT. Ia suatu keistimewaan buat mereka yang bergelar kanak-kanak. Matematik juga merupakan antara ilmu yang mampu dipelajari oleh kanak-kanak seawal usia mereka. Ini kerana, mereka mudah memahami dan faham pada usia ini. Namun ibu bapa peru cakan dan peka dengan cara pengajaran kepada mereka.

3. Kanak-kanak Sepatutnya Belajar Matematik
Pembelajaran matematik merupakan suatu keperluan dan menjadi kemestian untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Ia juga mampu membantu dalam perkembangan fizikal otak seseorang kanak-kanak.

4. Cara Mengajar kanak-kanak Matematik.
Ibu bapa perlu peka dengan cara mengajar kanak-kanak antaranya:
  • ·         Sikap ibu bapa ketika mengajar
  • ·         Bahan-bahan mengajar
  • ·         Cara pengajaran


Tiada ulasan:

Catat Ulasan