Thread kali ini pula saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai tugasan yang saya perlukan bagi subjek LMCW1002 Pendidikan Peringkat Awal Kanak Kanak Dalam Islam.
Sebagaimana
yang disebut, kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke atas sudah
semakin pandai dan semakin aktif melakukan pelbagai aktiviti. Oleh itu, dalam
fasa umur inilah ibu bapa harus mengajar dan menerapkan disiplin ataupun
tarbiah yang mampu menjadikan kanak-kanak insan yang lebih baik.
Antara tarbiah yang perlu dilakukan
kepada kanak kanak berusia 3 tahun dan keatas ialah akidah yang sejahtera.
Akidah yang sejahtera meliputi keseluruhan aktiviti harian dan ibadat khusus
kepada Allah SWT. Malah orang yang mempersekutukah Allah akan digugurkan
amalannnya kerana hanya Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. Kedua, ibadah yang
betul. Pendidikan ibadah sebagaimana kita sedang dilihat oleh Allah SWT dan
kita melihat Allah SWT. Penciptaan kita dan makhluk makhluk lain di muka bumi
ini juga dengan tujuan utama iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT. Ketiga,
akhlak yang mantap di mana Rasulullah SAW adalah contoh ikutan teragung dalam
aspek akhlak ini. Firman Allah dalam surah Al Qalam, “ Dan sesungguhnya kamu
benar-benar memiliki akhlak yang mulia”. Setiap orang akan memilih pemimpin
yang terbaik sebagai ikutan, begitu juga dengan kanak kanak mereka memerlukan
kita untuk menjadi contoh yang baik bagi membentuk akhlak yang mantap dalam
diri mereka.
Keempat, mampu melawan nafsu. Nafsu
mampu menjadikan kita manusia yang lalai daripada mengingati Allah SWT.
Sekiranya kanak kanak tidak ditarbiah dengan cara melawan nafsu maka mereka
akan terus melakukan perkara yang mengurangkan perkara mereka. Sedangkan jika
mereka bermujahadah kepada Alah maka mereka mampu mendekatkan diri kepada Allah
malah dapat mengawal nafsu mereka itu sendiri dari kecil. Kelima, menjaga
waktu. “Masa itu emas”. Begitulah betapa pentingnya masa dan waktu dalam
kehidupan kita ini. Kanak kanak perlu ditarbiah dengan cara menjaga dan
menggunakan waktu dengan baik walaupun mempunyai pelbagai kerja. Dengan
penggunaan waktu yang baik kanak kanak dapat melakukan pelbagai perkara yang
bermanfaat dalam 24 jam sehari semalam. Keenam, mengurus dengan baik dan
tersusun. Pengurusan adalah penting dalam kehidupan. Andai kanak kanak tidak
ditarbiah mengenai mengurus kerja dan berhati hati dalam pengurusan mereka
ketika kecil, maka perkara itu akan menyukarkan mereka ketika dewasa.
Ketujuh, berguna kepada masyarakat.
Masyarakat yang berguna dalah orang yang mampu menyumbang sesuatu kepada orang
lain dari segi ilmu pengetahuan, harta dan lain lain. Dalam satu hadith
menyatakan “sebaik baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada orang
lain”. Kelapan, kuat tubuh badan. Tubuh badan yang kuat akan menjadikan kanak
kanak lebih aktif dan cergas. Kesembilan, berpengetahuan luas. Ilmu pengetahuan
sangat penting dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, ilmu pengetahuan di
aplikasikan dalam setiap aspek kehidupan kita ini. Tokoh tokoh ilmiah dahulu
seperti Al-Khawarizmi mampu menciptakan kaedah sin,kos,tan, algebra dan
sebagainya. Kaedah yang dicipta berabad tahun lama itu masih digunakan hingga
sekarang menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Kesepuluh, keusahawanan yang tinggi. Sembilan per sepuluh dari rezeki terdapat
dalam perniagaan, hadith hasan riwayat said bin mashur. Hal ini jelas
menunjukkan betapa pentingnya pentarbiahan kanak kanak dalam aspek keusahawan.
Contoh terunggul, Rasulullah SAW sendiri berniaga hingga ke Syam ketika
hidupnya. Begitulah menunjukkan keusahawan adalah bidang yang juga penting
dalam tarbiah kanak kanak.
Oleh itu, setiap kanak kanak perlu
ditarbiah dari awal bagi memboleehkan mereka menjadi insan yang baik dan
berguna apabila mereka dewasa kelak.
p/s nak lebih info, nak tambahkan pengetahuan marilah tengok video di link ini https://www.openlearning.com/courses/pendidikan-peringkat-awal-kanak-kanak-/mendidik_kanak_kanak_berusia_3_tahun_ke_atas
Semoga ianya bermanfaat buat semua 😇
Tiada ulasan:
Catat Ulasan