Isnin, 30 April 2018

Dakwah :)

April 30, 2018 0 Comments
Kali ini, Aisyah nak bahas bab subjek citra yang Aisyah ambil sem 2 ni.
Sem ni, saya ambil subjek citra "DAKWAH DAN PEMBANGUNAN"
Subjek ni di bawah Fakulti Pengajian Islam.

Dalam kuliah, macam macam ustaz cerita mengenai dakwah. 
Tentang bagaimana dakwah mampu disebarkan.
Kepentingan dakwah kepada semua pihak
Apa fungsi dakwah.
Dan pelbagai lagi..

Anda tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut? 
Meh lah join kursus ni PPPM1942 (DAKWAH DAN PEMBANGUNAN)
Seriously, kalian takkan menyesal apabila sudah menyertai kursus ini.
Penuh dengan ibrah.
Dan mendatangkan beribu macam faedah :)

Memandangkan dah duk cakap pasal dakwah. So hari ni, saya nak kupas dengan lebih mendalam mengenai strategi yang boleh dilakukan untuk melahirkan pendakwah yang ikhlas, berilmu dan beramal dengan kata katanya.

Pendidikan peringkat awal merupakan strategi utama dalam pembangunan insaniah seorang pendakwah. Perkara ni Aisyah pernah duk bahas dalam label Pendidikan Peringkat Awal Kanak Kanak Dalam Islam. Nak tahu lebih lanjut, baca juga kat situ :)

Menurut firman Allah S.W.T, iaitu dalam surah (Al-Baqarah : 30) yang bermaksud “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Ayat ini menjelaskan mengenai khalifah yakni wakil Allah S.W.T di muka bumi ini mestilah seorang yang hebat yang mana mereka boleh memimpin serta memakmurkan bumi ini dari semua bidang termasuklah bidang agama, ekonomi, fizik, seni bina dan lain-lain. Untuk menjadikan kenyataan tersebut sebagai realiti, pendidikan kanak kanak perlu dimulakan dari peringkat awal iaitu sejak kanak kanak lahir lagi.

            Anak-anak  yang  tidak dididik dan dirangsang dengan baik dari peringkat awal akan menjadi lemah dalam menerima sesuatu perkara. Ketika mereka kecil juga berlakunya pembangunan intelek bagi mereka. Malah ketika kanak-kanak berumur 2 ½ tahun hingga 3 ½ tahun mereka mudah untuk memahami dan mengikut peraturan di mana ianya mampu menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam kehidupan

            Hal ini secara tak langsung turut boleh diaplikasikan dalam hal melahirkan pendakwah yang berilmu,ikhlas dan beramal. Dalam melahirkan pendakwah yang unggul, pendidikan peringkat awal juga perlu diberikan bagi membolehkan mereka memahami tentang agama dengan lebih mudah. Malahan, dengan didikan peringkat awal, bakal bakal pendakwah juga dapat dipupuk dengan sikap sikap positif yang boleh digunapakai sebagai seorang pendakwwah suatu hari nanti. Sikap adalah suatu perkara yang sukar untuk dipupuk kerana apabila mereka sudah dewasa mereka mudah terpengaruh dengan pengaruh dan sikap rakan sebaya.

Jadi dengan didikan yang baik dari awal pastinya mampu memupuk sikap yang baik dalam hati mereka. Sekiranya mereka dididik dengan cara yang dianjurkan Islam yang sebenar, maka mereka akan menjadi seorang yang hidup dengan cara Islam itu dan sebaliknya jika mereka dididik dengan cara yang salah maka mereka akan hidup dengan cara yang salah sehingga ke akhirnya.

Itu merupakan strategi utama dalam melahirkan pendakwah yang sejati, unggul di mata manusia, dan yang terpenting unggul di hadapan Allah A'zza Wajalla :)

Moga dengan entry ini, bakal bakal ibu bapa mampu berfikir kehadapan dengan baik. Bukan tujuan untuk melahirkan pendakwah yang sempurna semata mata tetapi untuk melahirkan insan yang dicintai Allah SWT.



Sabtu, 28 April 2018

Kenangan terindah : Pesta Buku 2018

April 28, 2018 0 Comments
Teme Abdullah, PBAKL 2018, 11;42am
Walau wajahmu dilindungi mask, rambutmu ditutupi beanie namun aku tahu betapa tulus ikhlas dan betapa lebar senyuman kau datang pada hari tu semata mata untuk pembaca pembaca buku kau yang setia :)

Tengok first gambar dah boleh tahukan betapa gembira, betapa seronok, betapa bahagia dapat jumpa dengan penulis yang ramai gila orang minat. Allahu rabbi. 
Hari Sabtu itu mencipta sejarah buat pertama kali bila Teme buat kemunculan pertama semata mata untuk peminatnya. sebagai salah seorang peminat Teme sangat sangat tersentuh dan gembira sekali dengan peristiwa itu. 

First impression, datang awal, so boleh dapat tandatangan awal. tapi silap seribu kali silap.
Haha.
Apabila saya,Sofea, Maira dan Hana naik ke tingkat lima, Dewan Tun Razak, kami telah dapat lihat ratusan orang beratur menunggu giliran untuk dapatkan peluang bergambar dan dapatkan tandatangan daripada Teme Abdullah. 

Ketika itu, hati dah rasa nak giveup tapi disebabkan minat dan kagum dengan penulis yang kian meningkat naik ini, kami gagahkan diri beratur juga.

Tibalah waktunya kami sendiri mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan beliau. Sumpah, tika itu, hati berdegup kencang seolah olah nak jumpa bakal suami 😇

Hahaha.


Nampak tak seexcited mana kami kat atas pentas tu dengan beliau. Kagum dengan bakat penulisannya. Kagum dengan semangatnya.

I buy both of his new book which is Impian Jalanan #ImpianJalanan and Empayar #Empayar. Punya excited sanggup preorder dulu buku tu tau :)

Jujurlah, tak pernah tak excited nak baca, nak dapatkan buku Teme.
Gaya dan cara penulisannya lain dari yang lain. 

Untuk entry akan datang,saya akan ceritakan tentang buku karya penulis kesukaan saya ni.
Anyone yang beli buku Teme takkan sesekali menyesal tau. He s going to inspire you to have a better life :)

That's all for now. Bye 💗


Isnin, 23 April 2018

Standing In The Eyes Of The World ~

April 23, 2018 0 Comments
Haritu ada tanya dengan Nina, apa lagu english yang memberi inspirasi apabila kita dengar. Then, dia jawab, "STANDING IN THE EYES OF THE WORLD" . Dan tanpa banyak fikir, saya pun terus buka youtube dan search lagu ni.





Lagu standing in the eyes of the world, nyanyian ella ini sangat memberi inspirasi dan motivasi kepada saya dan saya yakin ianya turut memberi inspirasi kepada semua orang juga :)
Sumpah, mula mula nak dengar lagu inggeris saja, tetapi selepas dengar lagu ini, macam macam bermain di fikiran.

Nak tahu apa?

Okay meh ecah bagitahu ya 😀

Dalam lagu ini, ianya dilengkapi dan disempurnakan dengan bait bait lirik yang dapat menyuntik semangat lagi lagi apabila kita nak putus asa, putus harapan, dengan menjiwai lagu ni insha Allah ia mampu menyuntik balik perasaan semangat tu.

Lagu ni daapt menyuntik rasa ingin berusaha sehingga mampu mengecapi kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.💗

Kejayaan takkan mampu digapai tanpa usaha yang sungguh sungguh. Sesungguhnya dalam Al Quran sendiri ada menyebut sebelum menyerah diri kepada Allah (tawakal), kita harus berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam usaha tersebut, terdapat pelabagai pahit getir dan  kesusahan yang perlu ditempuhi kerana ia merupakan ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan untuk menggapai kejayaan tersebut. Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang sangat manis di mana seseorang akan berasa sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai berkat usaha sendiri. 

Kejayaan..............................

Banyak kejayaan yang mampu kita capai.

  1. cemerlang dalam peperiksaan
  2. memperolehi kerja yang seperti yang dimpikan 
  3. menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah
  4. memperolehi anugerah dekan etc
  5. menyiapkan assignment dan tugasan
  6. menjadi insan yang soleh dan solehah
Mudah untuk saya simpulkan kejayaan terbesar ialah apabila kita mampu berdiri di mata dunia dengan menjadi insan yang mampu memberi faedah dan kepentingan kepada orang lain. Malahan insan yang berjaya ialah insan yang mampu menjadi contoh dan teladan kepada orang lain :)

Maka, tetapkan dalam hati, saya boleh, saya mampu !!!!!

Dari negatif kepada positif. 
Dari taktahu apa kepada yang sangat mengetahui.
Dari zero kepada seorang superhero.

Saya kongsikan lirik ini untuk pedoman buat semua pembaca :)


Pahit getir hidup...

Dan pengorbanan

Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah



Kini "Standing In The Eyes Of The World"

Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"



Harapan yang pernah terkulai layu

Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...



Kini "Standing In The Eyes Of The World"

Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Jumaat, 20 April 2018

Allah ma'ani :)

April 20, 2018 0 Comments


Jujur.
Aku sedih.
Aku kecewa.
Aku penat dengan segala apa yang terjadi saat ini.
Tak sempat mengukir banyak detik indah bersamamu.
Ah, hanya seketika segalanya 😞


Hm entah apa aku rasa tika ini.
Hati aku sakit teramat sangat.
Dada sebak memikirkan kamu.
Kepala berpinar mengenang segalanya yang berlaku.
Sumpah, ianya sangat sukar saat mulut meluah rasa,
"Aku okay. Sekejap je lagi perkara ni."


Tapi jauh di sudut hati ini.
Aku dah tak mampu menanggung rasa.
Sikap kau mengubah pandangan aku kepada kau sepenuhnya.
Ya. Kau memang baik dulunya!
Tapi sekarang, mengapa kau perlu lakukan semua ini terhadap aku?
Buruk sangatkah aku di mata kau ?



Saat bersama mak, segala kesakitan akan terluah.
Rasa yang aku tahan-tahan.
Pahit yang aku diamkan selama ini.
Air mata yang disimpan setiap kali disini akhirnya terlerai.
Bukan aku tak kuat.
Bukan aku tak redha perkara ini terjadi.
Mungkin aku belum sedia.
Untuk menghadapi segalanya.


Aku sedih.
Terputusnya jalinan persahabatan antara kita ini.
Menyebabkan kita menjauh.
Kita tak bertegur sapa.
Kita tak seperti dahulu kala.



Ya Allah, 
Temani aku.
Jiwa ? Kau masih sedih ?
Cubalah untuk bersabar :)
Allah dah atur indah segalanya.
Kuatlah untuk keluarga kau.
Untuk kawan kawan yang masih ada di sisi.
Dan untuk diri sendiri :)
Tuhan sudah gantikanNya dengan rencana yang lebih sempurna.
Nantikan.



Ahad, 15 April 2018

BTS :)

April 15, 2018 0 Comments
Pada hari Ahad 15 April 2018, geng "kita-kita je" telah berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki MRT walaupun setelah hampir tamatnya zaman tahun 1 di UKM. Pengalaman ini tidak mampu dilupakan memandangkan pada hari itu juga kami berpeluang berkumpul bersama walaupun kekurangan seorang ahli iaitu Hana. 

Muka muka happy keluar ramai ramai :)



Pada hari yang sama kami telah pergi ke Berjaya Times Square Mall Kuala Lumpur. Ya Allah, penat sungguh mengelingi mall tersebut walaupun pada hakikatnya tak semua kawasan di Mall tersebut kami berpeluang untuk jejaki. Pelbagai barang telah dibeli memandangkan pada hari tersebut banyak kedai yang menawarkan sale. Tak sia sia kami datang pada hari itu. Jadi, kami terus membeli peralatan dan baju yang diperlukan untuk "MARAK" alang alang dah masuk shopping mallkan.
😇

Yang ni masuk tomorrow snap gambar je, beli tidak hahah ^^



Setelah penat kehulu dan kehilir kekanan dan kekiri kami semua telah ke Soopong, iaitu sebuah restoran yang menawarkan makanan korea. Untuk apa kami ke situ? Makanlah :)





Lepas ni, kalian boleh pergi makan kat sini pula. tak sia sia. Makanannya 👍👍👍💖



Kami berada di BTS kurang lebih selama 6 ke 7 jam. Sungguh penatnya tak terkata. Akan tetapi detik detik bersama kawan kawan tercinta dan tersayang menyebabkan segala kepenatan hilang. :)

Muka muka barai + penat ^^






 So, kat sini suka untuk saya kongsikan ketika di alam persekolahan dan uuniversiti ini hargailah dan nikmatilah detik detik bersama sama rakan rakan anda kerana nanti bila sudah mendirikan rumah tangga, bekerja dan sebagainya perkara sebegini sukar untuk dicipta lagi 💞



Sabtu, 14 April 2018

Majlis Hi Tea Anak Pahang

April 14, 2018 0 Comments
Program "Majlis Hi-Tea Anak-Anak Pahang di Lembah Klang" ini bertujuan untuk memupuk hubungan dengan lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan.
Ia juga untuk mengukuhkan silatulrahim, persaudaraan, kesukarelaan dan kebajikan bagi masyarakat setempat. Selain itu ia juga diharapkan dapat menerapkan konsep permuafatakan dan bersatu.
Inisiatif ini dimuafakatkan oleh ketua atau wakil daerah-daerah di Negeri Pahang menjadi Gabungan Kelab-Kelab Anak Daerah-Daerah Pahang (GKADP).

Program ini telah dihadiri kira kira 3 ke 4 ribu anak anak pahang yang datang dari seluruh daerah di negeri Pahang. Kami dari UKM hadir seramai 70 orang dengan menaiki bas UKM. Kehadiran kami disambut meriah oleh semua.



Malahan, ultras UKM juga telah memulakan majlis dengan menyanyikan lagu dan cheers "ayuh tok gajah" Hal ini menarik perhatian ramai pihak untuk sama sama menyanyi dan memeriahkan majlis. Majlis dimeriahkan lagi dengan lucky draw dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah hadiah yang sangat lumayan. 


                   Ketika program ini saya telah dipertemukan dengan rakan rakan dari universiti sekitar yang juga merupakan dari persatuan anak pahang. Kami sangat gembira kerana dapat dipertemukan pada hari itu. 



Ini pula teman istimewa yang setia menemani ke mana sahaja pergi @umairahismail283



Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh perdana menteri sendiri memandangkan beliau juga berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Program yang dapat memupuk ukhuwah antara semua rakyat negeri ini seharusnya dibuat setiap tahun. :)

Selasa, 10 April 2018

Canva.com

April 10, 2018 0 Comments
Zaman yang semakin hampir dengan ambang 2020 ini telah membawa pelbagai kemodenan terutama dalam bidang it. Melalui arus kemodenan ini, kerja boleh diselesaikan dengan lebih mudah dengan wujudnya pelbagai aplikasi dan website yang cukup membantu dalam penyelesaian kerja. Menurut en.wikipedia.org, website yang telah ada sejak tahun 2012 ini telah dipakai sebanyak 750 juta pengguna. Antara website dan aplikasi yang kian menjadi tumpuan ramai ialah canva.com. Canva ialah sebuah aplikasi yang direka khusus untuk mencipta pelbagai grafik malah mampu mencipta video dengan begitu menarik. Melalui canva orang ramai dapat mencipta wallpaper facebook, twitter, logo, brochure, cover majalah, tumblr banner dan bermacam macam lagi. 




Terdapat banyak template disertakan juga dalam canva bagi memudahkan kita menggunakan terus template yang disediakan. 



Antara design yang telah saya cipta ialah seperti berikut :




Kesimpulannya, canva sangat berfaedah kepada generasi sekarang memandangkan ianya berguna untuk seseorang pelajar melakukan tugasan yang diperlukan untuk assignment dan sebagainya. 


Khamis, 5 April 2018

Running Man

April 05, 2018 0 Comments
Running Man Celebrity
Running Man is an entertainment program which conducted by SBS (Seoul Broadcasting System). SBS is a national South Korean television and radio network company. There a lot of program, movies, drama and so on been view in this channel. We can find this channel through Astro on 393.

Today, I m going to share about Running Man program which is one of the most popular program on that channel. Running Man is a fantastic, unbelivable reality show. It first aired on July 11, 2010. RM still been shown until now.

 I would like to introduce the celebrity of Running Man. RM consist of eight people which are Ji Seok Jin, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, Lee So Min, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Ha Dong Hon and last but not least Yang Se Chan. I m not sure if i have spell their correct name 😑😁 

Every week there will show up an episode on Friday night. I always keep waiting just to watch the show. But, now at the university, I don't have enough time to watch it. So, whenever, i came back home, there will be many  recorded video of this show. My sibling know that I really love the show, so every episode they will recorded for me. Actually they also in love with this variety show 💕

RM was classified as an urban variety show. The show have conducted and MCs by Yoo Jae Suk. Every week the MCs and guests have to complete missions at a landmark to win the race. There also will be episode special for the crew, or for the celebrity. RM is a popular variety show across South Korean, especially in the part of Asian.


The popularity of Running Man throughout Asia provided the opportunity to take the show outside of South Korea. Running Man has traveled to various countries including China, Thailand, Vietnam, Australia, Indonesia, Taiwan, and the United Arab Emirates. International episodes are notable for their ability to draw large groups of fans to mission venues.

Whenever you feel alone,sad, unhappy, or you want to cry, you should watch this variety show because you going to laugh and feel happy along the show. It will make you feel happy st least for that time. So you don't have to been sad along the time.

Thanks for reading :)