Kaedah Mengajar Matematik
Unknown
Mac 31, 2018
0 Comments
Bismillahhirrahmanirrahim.
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai tugasan kelapan saya bagi subjek pendidikan peringkat awal kanak kanak dalam islam. Di sini saya sertakan link bagi memudahkan kalian menambahkan input dan pengetahuan tentang perkara ini :
https://www.scribd.com/document/325992885/Mengajar-Matematik-kepada-Kanak-kanak
Suatu hari nanti kita juga akan bergelar ibu dan ayah, jadi info ini dapat menambahkan pengetahuan kita dan dapat menjadikan kita lebih professional dalam mendidik anak anak.
Berdasarkan
slide tersebut, jelas menunjukkan selama ini orang dewasa tidak menyedari
kebolehan kanak-kanak dalam matematik. Tetapi berasaskan penyelidikan dan
ujian-ujian yang telah dilakukan oleh Dr Glenn Doman, kesimpulan boleh dibuat
bahawa:
1.
Kanak-kanak ingin belajar matematik
2.
Kanak-kanak boleh belajar matematik
3.
Kanak-kanak sepatutnya belajar matematik
1.
Kanak-kanak Ingin Belajar Matematik
Pada
peringkat ini, Dr Glenn Doman membuat kesimulan bahawa kanak-kanak sejak lahir
hingga usia 6 tahun mempunyai keinginan yang tinggi untuk pelajari sesuatu.
Dalam proses ini ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk menerokainya dan
pelajarinya. Ibu bapa juga tidak seharusnya terus menghukum anak-anak
sebaliknya menasihati mereka serta mengajar mereka dengan cara yang betul.
Disamping itu, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan
anak-anak.
2.
Kanak-kanak Boleh Belajar Matematik
Kanak-kanak
sememangnya dianugerahi dengan cepat dan mudah untuk memahami dan belajar
sesuatu oleh Allah SWT. Ia suatu keistimewaan buat mereka yang bergelar
kanak-kanak. Matematik juga merupakan antara ilmu yang mampu dipelajari oleh
kanak-kanak seawal usia mereka. Ini kerana, mereka mudah memahami dan faham
pada usia ini. Namun ibu bapa peru cakan dan peka dengan cara pengajaran kepada
mereka.
3.
Kanak-kanak Sepatutnya Belajar Matematik
Pembelajaran
matematik merupakan suatu keperluan dan menjadi kemestian untuk dipelajari oleh
kanak-kanak. Ia juga mampu membantu dalam perkembangan fizikal otak seseorang
kanak-kanak.
4.
Cara Mengajar kanak-kanak Matematik.
Ibu
bapa perlu peka dengan cara mengajar kanak-kanak antaranya:
- · Sikap ibu bapa ketika mengajar
- · Bahan-bahan mengajar
- · Cara pengajaran